PMU-PE-PS-07 Pengendalian Audit Dalaman Page 3 of 11
Keluaran 01 Pin. 02
Audit Dalaman hendaklah dikendalikan sekurang-kurangnya satu kali setahun mengikut jadual
yang ditetapkan. Prosedur ini digunapakai bagi mengendalikan audit dalaman untuk memastikan
semua aktiviti-aktiviti Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dan Pengurusan Sokongan telah
dilaksanakan seperti yang telah dirancang, menilai keberkesanannya dan memberi peluang
kepada tindakan segera, tindakan pembetulan, tindakan pencegahan dan penambahbaikan
dilaksanakan secara sistematik dan berterusan. Audit Dalaman juga dikendalikan mengikut
keperluan Standard ISO terkini.
Prosedur Audit Dalaman akan digunapakai oleh Pihak Pengurusan, Pengurusan Unit Jaminan
Kualiti, Ketua Pasukan Audit Dalaman dan Pasukan Audit Dalaman. Pelaksanaan audit dalaman
meliputi proses perancangan, pelaksanaan, pelaporan, tindakan pembetulan dan audit susulan.
Manual EOMS: Rujuk Klausa Berkaitan
PMU-PE-PS-01: Kajian Semula Pengurusan
PMU-PE-PS-11: Ketakakuran dan Tindakan Pembetulan
Ketua Pasukan
Audit Dalaman
(KPAD)
Seorang pegawai yang telah mendapat latihan dan bebas daripada
proses yang diaudit serta dilantik oleh WP atau Pengarah sebagai Ketua
Pasukan Audit Dalaman.
Pasukan Audit
Dalaman(PAD)
Adalah terdiri daripada pegawai-pegawai yang telah mendapat latihan
dan bebas daripada proses yang diaudit serta dilantik oleh Pengarah
untuk menjalankan kerja-kerja audit dalaman.
Juruaudit Dalaman
Ketakakuran
(NCR)
Seorang pegawai yang telah mendapat latihan dan bebas daripada
proses yang diaudit serta dilantik oleh Pengarah untuk menjalankan kerja-
kerja audit dalaman.
Proses/ perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan standard,
prosedur, akta, pekeliling, keperluan pelanggan dan seumpamanya.
Tindakan bagi penambahbaikan sistem kualiti.